Sunday 23 November 2014


MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ POLY-TECH MARA YANG KE 31


Pada minggu lepas pada hari sabtu , 15 November 2014, telah berlangsungnya majlis konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara Yang Ke-31. Majlis itu telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre. Dan acara Pre-Konvokesyen aku telah berlangsung pada hari jumaat, 14 November 2014. Saya sebagai salah seorang dari pelajar Kolej Poly-Tech Mara berasa amat gembira dengan pencapaian yang telah saya perolehi. Saya sebagai pelajar dari Kampus cawangan Bangi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan semua pensyarah-pensyarah yang banyak memberi dorongan,bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang pengajian saya di Kolej Poly-Tech Mara, Bangi. Secara Rasminya saya telah menamatkan pengajian saya dalam Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan (AB101), selama 3 tahun. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar dari segi pembelajaran. Jasa Anda semua akan saya kenangan sampai bila-bila. :)


Gambar-gambar Konvokesyen Bersama Rakan-rakan Tersayang V(^_^)V




















No comments:

Post a Comment