Sunday 23 November 2014


MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ POLY-TECH MARA YANG KE 31


Pada minggu lepas pada hari sabtu , 15 November 2014, telah berlangsungnya majlis konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara Yang Ke-31. Majlis itu telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre. Dan acara Pre-Konvokesyen aku telah berlangsung pada hari jumaat, 14 November 2014. Saya sebagai salah seorang dari pelajar Kolej Poly-Tech Mara berasa amat gembira dengan pencapaian yang telah saya perolehi. Saya sebagai pelajar dari Kampus cawangan Bangi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan semua pensyarah-pensyarah yang banyak memberi dorongan,bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang pengajian saya di Kolej Poly-Tech Mara, Bangi. Secara Rasminya saya telah menamatkan pengajian saya dalam Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan (AB101), selama 3 tahun. Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar dari segi pembelajaran. Jasa Anda semua akan saya kenangan sampai bila-bila. :)


Gambar-gambar Konvokesyen Bersama Rakan-rakan Tersayang V(^_^)V




















Sunday 9 November 2014

Cara Nak Membuat Kek Coklat Lembab Dengan Mudah

Assalamualaikum. Disini saya nk berkongsi cara-cara nak membuat kek coklat lembab dengan mudah dan senang. Siapa yang tak sukakan kek coklat kan?? semua mesti sukakan terutama sekali kanak-kanak. okay saya nak share sikit kat blog saya bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat kek coklat lembab. Antara bahan-bahan yang kita perlukan adalah ...

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 (tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (saya selalu guna serbuk koko brand Van Haunten je)
3 biji telur
beberapa titik esen vanilla ( Terpulang nak letak ke tak)

** untuk Topping dan hiasan**1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. Gunakan kaedah double boiler, Kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.


Cara-caranya :

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan Pengukus.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanilla, susu pekat dan minyak masak , kacau sebati . Jangan over mix,gunakan kaedah kaup balik.


4. Alaskan acuan bulat atau acuan segi ikut citarasa anda atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1jam 20 minit. kemudian sejukkan. SELAMAT MENCUBA !!! :) 




Saturday 8 November 2014



Puisi Seorang Insan Biasa



Tanyakan dalam tidur dan jaga, masihkah ada kasih dan rindu,
Biarpun sedetik cuma...
Ada bisikan menyapa hati, semakin sayup kedengarannya, semakin jauh langkahnya,
Bakal hilangkah disebalik mimpi?? Derap Langkah ini, semakin perlahan menyarut bumi...
mungkin akan menghempaskan tubuh ditanah gersang yang berdebu...
Tatkala mentari masih menyinar,
Mimpi terus berlegar, menghias lena yang takkan sedar.....